Saturday, October 9, 2010

keduapulohtahun.


yeahh.
saya suda dewasa.
20 tahun saya hidup macam-macam jugak yang saya lalui.
terima kasih kepadaNYA masih beri saya nyawa
untuk hidup dalam dunia DIA yang warna warni.

dan tak lupe jugak jutaan terima kasih sayang
untuk mak abah yang telah penat lelah suka duka
membesarkan anakmu ini yang ngada-ngada.
kata mak abah
"hadiah paling bermakna buat mereka adalah kejayaan anak-anaknya"
untuk ahli adik-beradik saya.
hee.sayalah adik dan kakak yang tak seberapa nak bagus,
yang sayang kamu semua.

untuk..
kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat.
tak kira lah yang dekat mahupun jauh mana pun.
kamu semua tetap dalam hati saya.
kamu semua ada bila suka duka.
dan malam itu (kenangan itu) memang saya bahagia.

buat awak saya punya yang satu.
huuu.
ily,imy tersangat-sangat.*dasat.
dan untuk ke berapa kali saya nak cakap
cukup dengan apa awak ada.
baik buruk awak saya terima.

ps://maafkan segala khilaf saya, selama saya hidup.




kata sayang saya,

SEMALAMAN MENGAJAR KITA ERTI KEDEWASAAN.
KENANGAN MEMBERI KITA KEBAHAGIAAN.

ps://tua dah saya.dan malam itu memang bahagia.kawan-kawan terima kasih beri saya kenangan itu.=)



Tuesday, October 5, 2010

semester lima bakalan berakhir..!!


PERHATIAN KEPADA DIRI SAYA YANG MASIH LEKA.

ps://saya tak mahu jatuh, sebab saya sakit bila saya jatuh. dan saya tahu mereka juga sedih melihat saya jatuh. ayuh, bangunlah awak dari mimpi bayanganmu..(:


Sunday, October 3, 2010

GADIS perlu tabah.

*gambar sekadar hiasan

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membebankan
menjadi gadis yg ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah & tak reti tewas
perlu kuat dihenyak, dicantas

si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dr mulut
si gadis tiada daya menutup

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza
minda tak akan sama

si gadis terus meluah hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dgn mahu diri
si gadis soal "bagaimana lagi?"

lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna
pada manusia

kita gadis memang sering menyonsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia
dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
simpankan & hulurkan hanya pada dia itu

lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna
pada manusia

perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah

ayuh gadis
berhentilah kau menangis

ps://tertarik, menarik kopi dari http://www.qarchyhis.blogspot.com/


oh tidak..!!


berterabur jatuh ditangga.
*gelang kau bg putus.
ohh no..
tanda apakah itu.
saya sayang awak.
taknak awak hilang-hilang.
apa-apa bagitau saya.
even berperang.haha
(:

ps://karutmarut saya tak percaya.saya percaya dengan DIA atas sana.tapi saya masih lalai lagi dengan dunia.MasyaAllah.
☆☆CERITA INI MILIK SAYA,SAYA KONGSI BERSAMA SEMUA☆☆